Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mercedes-AMG 63, AMG GLC 63S dan AMG GLC 63S Coupé kini ditawarkan di Malaysia

Mercedes-Benz Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan kereta SUV terbaru mereka dibawah siri G-Class.

Model pertama yang ingin kami perkenalkan adalah Mercedes-AMG 63 yang hadir dengan reka bentuk dalaman dan luaran yang lebih terkini iaitu 40 tahun selepas pelancaran generasi pertama.

Mercedes-AMG 63 ini hadir didalam satu varian iaitu dengan enjin V8 4.0 liter biturbo yang mempunyai 585hp dan mampu mencapai kelajuan 0-100km/j didalam masa 4.5 saat sahaja (kelajuan maksima 240km/j)

Mercedes-AMG 63 ini juga hadir dengan pelbagai teknologi pemanduan pintar seperti Intelligent Drive dengan pakej Driving Assistances, COMAND Online, sistem bunyi Burmester Surround Sound, pakej Parking dan KEYLESS GO.

Secara keseluruhan nya, Mercedes-AMG 63 masih mengekalkan reka bentuk ikonik G-Class yang digabungkan dengan teknologi-teknologi terkini yang terbaik dipasaran.

Mercedes-AMG 63 ini hadir dengan harga penjualan 1,464,888 tanpa insurans.

Dua model yang turut dilancarkan bersama-sama Mercedes-AMG 63 adalah Mercedes-AMG GLC 63 S dan Mercedes-AMG GLC 63 S Coupé.

Kedua-dua kereta SUV didalam kelas GLC ini berkongsi banyak ciri yang sama seperti enjin AMG 4.0 Biturbo V8 yang mengeluarkan 510hp dengan kelajuan 0-100 didalam masa 3.8 saat, gril Panamericana dan banyak lagi.

Kedua-dua SUV berprestasi tinggi ini hadir dengan suspensi AMG Sports yang berasaskan AIR BODY CONTROL, pemanduan semua tayar AMG Performance 4MATIC+ dan sistem brek berprestasi tinggi.

Mercedes-AMG GLC 63 S hadir dengan harga penjualan RM 915,888.00 tanpa insurans manakala Mercedes-AMG GLC 63 S Coupé pula memiliki harga penjualan RM 933,888.00 tanpa insurans.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.