Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro dilancarkan secara rasmi
Huawei secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka didalam siri Mate dan seperti siri Huawei P, Huawei telah memutuskan untuk melompat ke angka 20 selepas pengunaan angka 10 tahun lalu.
Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro telah dilancarkan secara rasmi sebentar tadi dan ianya menjadi telefon pintar pertama Huawei untuk hadir dengan pemproses Kirin 980 yang merupakan pemproses pertama 7nm yang diumumkan di IFA awal bulan lalu.
Reka Bentuk
Jika P20 Pro menjadi perintis kepada pengunaan warna gradasi pada telefon pintar, Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro akan menjadi telefon pintar yang memperkenalkan reka bentuk baru yang dikenali sebagai Hyper Optical Multi Pattern, ianya menawarkan panel belakang yang mempunyai garisan halus dan Huawei berkata corak ini akan memberikan cengkaman yang lebih baik.
Huawei Mate 20 Pro juga hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk IP68 yang membolehkan ianya bertahan didalam air sedalam 1.5 meter untuk tempoh 30 minit.
Skrin paparan
Huawei Mate 20 akan hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.5-inci dengan resolusi 2240 x 1880. Ianya adalah panel LCD dengan nisbah skrin 18:7:9 dengan takukan yang tidak terlalu ketara.
Huawei P20 Pro pula akan hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.2-inci dan ianya hadir dengan resolusi 2K+ (3120 x 1440).
Huawei Mate 20 Pro juga mempunyai takukan yang sinonim dengan telefon pintar Android pada tahun ini dan takukan ini menempatkan beberapa sensor yang digunakan untuk sistem keselamatan pengecaman wajah.
Sistem ini menggunakan teknologi 3D Depth yang mana ianya adalah 100% lebih pantas berbanding teknologi FaceID yang digunakan pada iPhone X (hanya 0.6 saat untuk membuka peranti anda).
Prestasi
Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro hadir dengan pemproses dalaman yang sama iaitu Kirin 980 yang merupakan pemproses 7nm yang menawarkan 20% peningkatan kelajuan dan 40% lebih efisen berbanding Kirin 970.
Ianya adalah pemproses pertama didunia untuk hadir dengan Dual-NPU yang dikhususkan untuk tugas AI.
Huawei Mate 20 akan hadir ddidalam versi 4GB RAM+128GB dan 6GB+128GB manakala Huawei Mate 20 Pro akan memiliki 6GB RAM dengan pilihan memori simpanan 128GB,
Selain itu, Huawei P20 dan Huawei P20 Pro juga akan menjadi telefon pintar pertama didunia untuk menawarkan sokongan kad memori Nano Memory yang 35% lebih kecil berbanding kad microSD.
Bateri
Huawei Mate 20 akan memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh yang mana ianya adalah 20% lebih baik apabila dibandingkan dengan bateri yang dimiliki oleh Huawei Mate 10.
Huawei Mate 20 Pro pula akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas Huawei Super Charge (40W) yang mampu memberikan telefon pintar anda 70% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja.
Selain itu, Huawei Mate 20 Pro akan turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas tanpa wayar yang 100% lebih pantas berbanding pengecasan wayar iPhone X dan 200% lebih pantas berbanding pengecasan tanpa wayar yang ditawarkan pada telefon pintar flagship Apple tahun lalu.
Kamera
Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 akan hadir dengan tetapa tiga kamera yang sama seperti pada Huawei P20 namun sensor kamera yang digunakan pada siri Mate ini adalah berbeza berbanding P20 Pro.
Huawei berkata reka bentuk kamera ini dikenali sebagai reka bentuk kamera ‘four point’ yang di inspirasikan dari lampu hadapan kereta mewah super Porsche 919.
Tiga sensor kamera Leica yang digunakan adalah satu sensor telefoto, satu sensor lensa lebar (wide angle) dan satu sensor lensa lebar ultra (ultra wide angle).
Walaupun memiliki tetapan tiga kamera, sensor yang digunakan pada Mate 20 dan Mate 20 Pro adalah berbeza.
Huawei Mate 20 memiliki lensa lebar 16MP, lensa lebar ultra 12MP dan lensa telefoto 8MP manakala Huawei Mate 20 Pro memiliki lensa lebar 40MP, lensa ultra lebar 20MP dan lensa telefoto 8MP.
Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro akan turut hadir dengan pelbagai fungsi penggambaran AI seperti AI video zoom, AI Scene and Object Recognition dan 4D Predict Focus.
Selain itu, antara ciri menarik pada Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro adalah pengambilan gambar macro yang membolehkan anda mengambil gambar jarak dekat dengan jarak dari objek serendah 2.5 cm sahaja.
Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro akan turut hadir dengan kamera selfie RGB 24MP yang turut hadir dengan 3D Beaufication yang mampu mengesan 30,000 titik ekspresi muka.
Lain-lain
Huawei Mate 20 akan hadir dengan sensor capjari pada bahagian belakang manakala Huawei Mate 20 Pro pula akan hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin sama seperti Mate RS yang dilancarkan bersama-sama Huawei P20 dan Huawei P20 Pro.
Selain itu, Huawei Mate 20 Pro juga akan turut hadir dengan ciri pengecasan ‘reverse’ tanpa wayar dimana anda boleh mengecas Mate 20 Pro anda menggunakan mana-mana telefon pintar yang hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar Qi.
Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 akan hadir dengan EMUI 9.0 yang berasaskan Android 9.0 Pie.
Warna dan Harga
Huawei Mate 20 akan ditawarkan didalam 2 pilihan warna iaitu hitam dan biru manakala Huawei Mate 20 Pro pula akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu gradiasi ungu ( twillight), gradiasi hijau (emerald green) dan hitam (ceramic black).
Huawei Mate 20X dilancarkan secara rasmi dengan teknologi penyejukan graphene
Harga penjualan di Malaysia belum diumumkan.
*lebih banyak maklumat akan dikemaskini