Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tempahan Apple iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max akan dibuka 19 Oktober ini dengan harga dari RM 3,599

Apple secara rasminya telah mengumumkan harga penjualan Apple iPhone XR, iPhone XS, iPhone XS Max dan Apple Watch di Malaysia dan tempahan akan dibuka mulai 19 Oktober ini.

Apple iPhone XR yang diangkat sebagai telefon pintar Apple paling murah tidak lah sebegitu murah dengan harga penjualan bermula dari RM 3,599 iaitu bagi versi 64GB, versi 128GB RM 3,849 dan versi 256GB pula hadir dengan harga penjualan RM 4,299.

Apple iPhone XR ini ditawarkan didalam 6 warna seperti diatas.

Apple iPhone XS yang merupakan pengganti kepada Apple iPhone X hadir dengan harga penjualan yang lebih murah berbanding harga penjualan Apple iPhone X ketika pelancaran.

Apple iPhone XS versi 64GB ini hadir dengan harga penjualan RM 4,999 diikuti versi 256GB yang ditawarkan pada harga RM 5,699 manakala versi 512GB hadir dengan harga penjualan RM 6,649.

Apple iPhone XS Max pula mempunyai harga penjualan yang bermula dari RM 5,399 bagi versi 64GB, diikuti versi 256GB pada harga RM 6,099 dan RM 7,049 bagi versi 512GB.

Tempahan akan dibuka pada pukul 3.01 petang waktu Malaysia namun bila stok akan tiba masih belum diketahui.

Bagi anda yang ingin memiliki Apple Watch 4, ianya akan turut dibuka untuk tempahan pada tarikh yang sama dan stok bagi Apple Watch akan mula ditawarkan dari 26 Oktober.

Harga penjualan Apple Watch bermula serendah dari RM 1,749 bagi versi 40mm dan RM 1,899 bagi  versi 44mm.

maklumat lanjut di AppleMalaysia

Comments

comments