Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Zizan Razak dilantik sebagai duta rasmi Honor 8X

Honor Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa pelawak terkemuka Malaysia iaitu Zizan Razak telah dilantik sebagai duta rasmi telefon pintar Honor 8X yang akan dilancarkan di Malaysia pada 9 Oktober ini.

Mengulas perjanjian ini, Zizan berkata beliau terharu untuk mendapat peluang menjadi duta kepada Honor 8X yang mempunyai tag nama yang menarik iaitu “Beyond Limits”.

Sebagai permulaan kepada tugas sebagai duta rasmi Honor 8X, Zizan Razak akan menghadiri majlis pelancaran Honor 8X yang akan berlangsung pada 9 Oktober ini dan anda boleh menonton majlis pelancaran ini di laman  FB Honor Malaysia

Honor 8X hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.5-inci yang memiliki nisbah skrin kepada rangka yang tinggi iaitu 91%.

5 Fakta Honor 8X Yang Anda Perlu Tahu

Honor 8X juga hadir dengan pemproses Kirin 710, dua kapasiti RAM iaitu 4GB atau 6GB, 64GB atau 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,750mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Kamera 8X adalah 20MP + 2MP dibahagian belakang manakala pada bahagian hadapan terdapat kamera 16MP dengan aperture f/2.0

Selain itu, Honor 8X ini akan turut hadir dengan GPU Turbo, 4D Smart Shock dan sokongan tiga kad (2 SIM + 1 MicroSD).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.