Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Black Shark 2 mungkin dilancarkan tidak lama lagi

Xiaomi Black Shark 2 mungkin dilancarkan tidak lama lagi 1

Telefon pintar gaming Xiaomi yang pertama iaitu Black Shark telah dilancarkan sekitar bulan April yang lalu dan menurut penyenaraian di TENAA, syarikat ini sudah mempunyai perancangan untuk melancarkan generasi kedua telefon pintar gaming ini.

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai Black Shark 2 ini diketahui namun gambar, saiz skrin dan kapasiti bateri telah didedahkan.

Gambar awal Black Shark 2 mendedahkan bahawa Xiaomi masih mengekalkan reka bentuk yang hampir sama seperti pada generasi pertama namun tetapan dwi-kamera kini pada posisi menegak manakala sensor capjari telah dipindahkan ke bahagian belakang.

Menurut penyejukan di TENAA, Xiaomi Black Shark 2 akan hadir dengan saiz skrin paparan yang sama iaitu 5.99-inci dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dan reka bentuk yang lebih tinggi dan berat berbanding generasi sebelum ini.

Walaubagaimanapun, masih terdapat sedikit keraguan samada model Black Shark yang dikesan ini adalah generasi baru atau versi ‘lite’ sahaja.

Selain Xiaomi Black Shark, Razer juga telah mengumumkan perancangan untuk melancarkan telefon pintar gaming RazerPhone2 bulan hadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.