Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pocophone F1 Amoured Edition akan ditawarkan di Malaysia 27 September ini

Pocophone F1 Amoured Edition akan ditawarkan di Malaysia 27 September ini 1

Sejak dilancarkan ke pasaran Malaysia beberapa minggu lalu, Pocophone F1 telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan khususnya kerana telefon pintar ini menawarkan spesifikasi kelas flagship pada harga yang amat berpatutan.

Jika ketika pelancaran, Pocophone F1 ini hanya ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan biru.

Pocophone F1 Amoured Edition akan ditawarkan di Malaysia 27 September ini 2

Xiaomi kini telah mengesahkan bahawa Pocophone F1 Amoured Edition akan memasuki pasaran Malaysia pada 27 September ini pada harga penjualan RM 1,599.

Sebanyak 200 unit Pocophone F1 Amoured Edition akan ditawarkan di Mi Store Sunway Pyramid yang akan dibuka secara rasmi pada 27 September dan ianya akan turut ditawarkan di Mi Store Sutera Mall, Johor.

Pocophone F1 Amoured Edition akan ditawarkan di Malaysia 27 September ini 3

Bagi anda yang tertanya-tanya mengenai kapasiti RAM dan memori dalaman yang hadir pada Pocophone F1 Amoured Edition ini, ianya adalah versi 6GB RAM dan 128GB memori dalaman dan bukanya versi 8GB/256GB seperti yang ditwarkan di pasaran India.

Ini bermaksud anda membayar tambahan RM 100 bagi versi Pocophone F1 Amoured Edition berbanding versi biasa Pocophone F1 yang ditawarkan pada harga RM 1,499 ( versi 6GB/128GB).

Pocophone F1 Amoured Edition akan ditawarkan di Malaysia 27 September ini 4

Spesifikasi Pocophone F1 boleh anda baca di SiNi dan kami juga telah membuat ulasan komprehensif Pocophone F1  yang mengesahkan kedudukan telefon pintar ini sebagai peranti kelas flagship killer terbaik di pasaran.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.