Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penjualan Pocophone F1 bermula serentak dengan pembukaan Mi Store Mid Valley

Penjualan Pocophone F1 bermula serentak dengan pembukaan Mi Store Mid Valley 1

Pocophone F1 secara rasminya telah mula ditawarkan di Malaysia mulai hari ini dan ianya turut diraikan dengan pembukaan Mi Store di Mid Valley sebentar tadi.

Pembukaan Mi Store di Mid Valley ini telah menyaksikan penjualan khas telefon pintar hangat di pasaran iaitu Pocophone F1 yang ditawarkan di Malaysia dengan harga serendah RM 1,237 sahaja.

Penjualan Pocophone F1 bermula serentak dengan pembukaan Mi Store Mid Valley 2

Pada penjualan pertama Pocophone F1 ini, ramai bakal pemilik Pocophone F1 yang beratur sejak dari tengah malam semalam untuk menjadi antara yang terawal memiliki telefon pintar ini di Malaysia.

Penjualan Pocophone F1 bermula serentak dengan pembukaan Mi Store Mid Valley 3

Pembeli pertama Pocophone F1 beratur sejak jam 8 malam semalam ( berbaju warna oren).

Sebanyak 200 pembeli pertama Pocophone F1 akan menerima hadiah percuma eksklusif daripada Xiaomi iaitu Mi Sports Bluetooth Earphones dan Game Holder.

Penjualan Pocophone F1 dilihat mendapat sambutan yang menggalakkan dan barisan yang panjang dapat dilihat di Mi Store Mid Valley ini.

Penjualan Pocophone F1 bermula serentak dengan pembukaan Mi Store Mid Valley 4

Untuk maklumat anda, Pocophone F1 yang ditawarkan di stor Mi adalah versi 6GB RAM + 128GB memori dalaman dengan harga penjualan RM 1,428 sahaja.

Jika anda berminat untuk memiliki Pocophone F1 versi 6GB + 64GB, anda boleh membelinya secara eksklusif melalui stor Mi di LazadaMalaysia.

Penjualan Pocophone F1 bermula serentak dengan pembukaan Mi Store Mid Valley 5

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.