Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

68,000 Unit Pocophone F1 habis dijual didalam masa 5 minit sahaja

Pocophone F1 mula dijual dibeberapa pasaran termasuk di Malaysia dan penjualan awal menampakan sambutan yang amat menggalakan bagi telefon pintar terbaru daripada Xiaomi ini.

Di India, Pocophone F1 mendapat sambutan yang sangat baik dimana sebanyak 68,000 unit Pocophone F1 berjaya dijual didalam masa 5 minit sahaja melalui penjualan kilat di Flipkart India.

Ini hanya la anggaran unit yang dijual iaitu berdasarkan harga versi paling mahal dengan jumlah penjualan keseluruhan INR 2 billion ( jumlah unit yang dijual tidak diumumkan).

Ini bermaksud secara kasarnya, Xiaomi mungkin berjaya menjual hampir 100,000 unit Pocophone F1 didalam masa 5 minit sahaja.

Penjualan kilat kedua di India dijangka akan berlangsung pada 5 September 2018.

Penjualan Pocophone F1 di Malaysia bermula hari ini dengan harga penjualan RM 1,237 bagi versi 6GB/64GB dan RM 1,248 bagi versi 6GB/128GB.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.