Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 20 Lite mula memasuki pasaran dengan harga sekitar RM 1,790

Huawei Mate 20 Lite yang belum dilancarkan secara rasmi lagi telah mula dibuka untuk tempahan dibeberapa pasaran Eropah.

Siri telefon pintar Huawei Mate 20 yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan menyaksikan pelancaran tiga model iaitu Huawei Mate 20 Lite, Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro.

Huawei Mate 20 Lite ini dijangka akan hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci dengan resolusi 2340 x 1080, pemproses Kirin 710 yang turut digunakan pada Huawei Nova 3i, 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri sekitar 3,650mAh.

Bercakap mengenai kamera pula, Huawei Mate 20 Lite akan hadir dengan dwi-kamera dibahagian hadapan dan belakang iaitu 20MP + 2MP dibahagian belakang dan 24MP + 2MP bagi kamera selfie.

Penghantaran bagi Huawei Mate 20 Lite ini disenaraikan akan bermula pada 9 September ini dengan harga penjualan PLN 1,600 atau sekitar RM 1,793.

Bagi pasaran Malaysia, Huawei Mate 20 Lite dijangka tidak akan memasuki pasaran Malaysia namun mungkin ditawarkan melalui siri Huawei Nova.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.