Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V11 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

Selepas pelancaran Vivo NEX bulan lalu, Vivo nampaknya akan memperkenalkan satu lagi model telefon pintar baru ke pasaran Malaysia.

Vivo V11 adalah model yang kami perkatakan dan ianya teaser mengenai peranti ini telah mula menghiasi laman Facebook Vivo Malaysia sejak kebelakangan ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman FB Vivo Malaysia, Vivo 11 dijangka akan hadir dengan reka bentuk skrin dengan takukan yang minima iaitu seperti pada Oppo F9 yang hadir dengan teknologi skrin ‘waterdrop’.

Selain itu, Vivo 11 dikhabarkan akan hadir dengan tetapan dwi kamera dibahagian belakang iaitu kombinasi sensor 16MP + 5MP manakala pada bahagian hadapan, sensor 25MP akan ditugaskan untuk pengambilan selfie.

Vivo V11 juga dilaporkan akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED yang turut memiliki sokongan sensor capjari terbina didalam skrin yang sama seperti pada Vivo NEX.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat bila Vivo V11 akan ditawarkan di Malaysia namun pelancaran rasmi mungkin berlangsung didalam masa terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.