Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 20 disahkan akan hadir dengan pemproses Kirin 980

Huawei Mate 20 disahkan akan hadir dengan pemproses Kirin 980 1

Huawei Mate 20 disahkan akan hadir dengan pemproses Kirin 980 2

Ketua pegawai eksekutif Huawei, Richard Yu telah mengesahkan bahawa siri Huawei Mate 20 akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober ini dan akan hadir dengan pemproses Kirin 980.

Selain itu, Richard Yu juga mengesahkan bahawa pemproses Kirim 980 ini akan menggunakan cipset 7nm yang pertama kali digunakan secara komersial.

Jika dibandingkan dengan Kirin 970, pemproses generasi baru Kirin 980 ini adalah 20% lebih pantas selain 40% lebih edisien dengan kelajuan maksima 2.8GHz.

Huawei dijangka akan mengumumkan pemproses Kirin 980 di IFA yang akan diadakan di Berlin,Jerman didalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Pemproses Kirin 980 ini dijangka akan digunakan pada dua daripada tiga model didalam siri Mate 20 iaitu Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.