Peningkatan kelajuan 10x ganda percuma Unifi akan bermula 15 Ogos 2018
Selain pengumuman penawaran pelan Unifi Basic pada harga RM 79 sebulan, Telekom Malaysia juga mengumumkan bahawa pelanggan sediada Unifi akan menerima peningkatan kelajuan percuma 10 kali ganda berbanding langganan sekarang.
Peningkatan ini adalah sejajar dengan pengumuman Gobind Singh Deo yang mahu memberikan rakyat akses kepada kemudahan jalur lebar yang lebih pantas pada harga yang lebih murah.
Jika sebelum ini, Unifi telah membuka satu laman sesawang mikro untuk menyemak akan bila anda akan menerima peningkatan kelajuan percuma ini, Telekom Malaysia kini telah mula menghantar e-mel kepada pemegang akaun bagi mengesahkan perkara ini.
Kami telah menerima emel yang mengatakan kami akan menjadi antara yang terawal untuk menerima penaiktarafan kelajuan ini secara berperingkat mulai 15 Ogos 2018.
anda boleh menyemak inbox emel anda untuk melihat samada anda telah menerima emel pengesahan ini ataupun tidak.