Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

BlackBerry Key2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,599

BlackBerry Key2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,599 1

Setelah sekian lama menyepi, BlackBerry kembali mengegar pasaran telefon pintar Malaysia dengan pengenalan model terbaru mereka iaitu BlackBerry Key2.

BlackBerry Key2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,599 2

Blackberry Key2 adalah model susulan bagi Blackberry KeyONE yang dilancarkan pada April 2017 dan ianya menawarkan pengalaman papan kekunci QWERTY fizikal yang merupakan satu ciri ikonik pada peranti Blackberry.

BlackBerry Key2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,599 3

Bercakap mengenai spesifikasi, Blackberry Key2 hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 4.5-inci yang mempunyai resolusi 1620 x 1080 dengan kepadatan piksel 433ppi, pemproses Qualcomm Snapdragon 660, 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman, sensor capjari dan bateri berkapasiti 3,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0 (USB-C).BlackBerry Key2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,599 4

Blackberry Key2 merupakan telefon pintar yang berasaskan sistem operasi Android 8.1 Oreo dan juga hadir sebagai telefon pintar pertama Blackberry untuk hadir dengan teknologi dwi-kamera yang menawarkan mod gambar Portrait.

BlackBerry Key2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,599 5

Kamera utama Blackberry Key2 ini adalah unit 12MP + 12MP dengan f/1.8 pada sensor utama dan f/2.6 pada sensor kedua manakala kamera selfie adalah unit 8MP yang turut memiliki skrin flash.

Blackberry Key2 juga hadir dengan slot dwi-SIM 4G, ciri keselamatan yang biasa ditawarkan pada peranti Blackberry dan pada masa yang akses kepada ekosistem Android.

BlackBerry Key2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,599 6

Harga penjualan Blackberry Key2 di Malaysia adalah RM 2,599  dan pembelian boleh dilakukan di atas talian di Shopee Malaysia  ataupun pembelian terus di Brightstar Distribution Sdn Bhd mulai 12 Julai 2018.

BlackBerry Key2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,599 7

Selain itu, bakal pembeli juga boleh membeli BlackBerry Key2 ini pada harga istimewa RM 2449 melalui ‘shocking sale’ di Shopee pada 12 Julai ini ( bermula jam 9 pagi) dan akan turut menerima headset Bluetooth bernilai RM 109 secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.