Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Nex dengan kamera selfie periskop disahkan akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

Telefon pintar Vivo NEX yang dilancarkan beberapa minggu lalu kini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Vivo Malaysia telah memberikan pengesahan melalui laman Facebook rasmi Vivo dan ianya akan tiba di Malaysia pada penghujung bulan Julai

Sebagai antara pendahulu didalam pasaran telefon pintar pro-selfie, Vivo dilihat harus menawarkan peranti ini ke pasaran Malaysia didalam masa terdekat memandangkan pelancaran Oppo Find X akan berlangsung minggu hadapan.

9CDA423C-3D14-45A2-9CF6-1F5E8882261C.jpeg

Bercakap mengenai Vivo NEX , ianya hadir dengan skrin paparan Ultra FullView berukuran 6.59-inci, ianya adalah panel Super AMOLED FHD+ dengan nisbah 19:3:9 dan resolusi 2316 x 1080p ( nisbah skrin kepada rangka 91.24%).

Disebabkan panel hadapan dipenuhi skrin, Vivo NEX hadir dengan kamera selfie seperti periskop yang tersembunyi didalam rangka. Ianya adalah sensor 8MP dengan aperture f/2.0. 

Earpiece juga telah disingkirkan dan diganti dengan teknologi Screen SoundCasting yang mampu menawarkan kualiti panggilan suara yang lebih baik.

Vivo NEX juga hadir dengan pemproses kelas flagship Snapdragon 845, 8GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 128GB dan 256GB.

CE976DCA-BFBD-4719-AF76-4D5D8B953FDE.jpeg

Sedikit mengecewakan, kamera Vivo NEX hanya hadir dengan kombinasi dwi-kamera 12MP + 5MP yang turut disertakan pada Vivo X21 UD. Kamera ini hadir dengan sokongan AI, HDR dan penapis gambar.

Selain itu, Vivo NEX juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh ( dengan pengecasan 22.5W), Funtouch OS 4.0 berasaskan Android 8.1 Oreo, butang fizikal bantuan suaran Jovi.

89EB5FE8-F68F-425C-9431-E50535EB4E3E.jpeg

Vivo NEX mempunyai harga penjualan seperti berikut di pasaran China : 

Vivo NEX S 8GB/128GB – CNY 4,498 (RM 2,798)

Vivo NEX S 8GB/256GB – CNY 4,998 (RM 3,010)

Harga penjualan di Malaysia masih belum diketahui namun ianya mungkin sama atau sedikit tinggi apabila dibandingkan dengan harga di atas.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.