Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 10 Pro kini ditawarkan pada harga RM 2,699 sahaja

Huawei Mobile Malaysia telah mengumumkan bahawa harga penjualan bagi Huawei Mate 10 Pro akan dikurangkan lagi iaitu sebanyak RM 400.

Ini bermaksud, Huawei Mate 10 Pro kini boleh dimiliki pada harga RM 2,699 berbanding harga penjualan sebelum ini RM 3,099.

Mengulas kembali spesifikasi Huawei Mate 10 Pro ini, ianya hadir dengan skrin paparan OLED HDR HD+ berukuran 5.9-inci dengan nisbah skrin ‘Fullview’ 16:9, pemproses Kirin 970  yang turut memiliki pemproses NPU untuk tugas AI, 6GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang mempunyai sokongan pengecasan Huawei Super Charge.

Huawei Mate 10 Pro memiliki kamera dwi-lensa Leica 3.0 yang mana unit kamera 12MP RGB dipadankan dengan unit kamera monokrom 20MP (f/1.6). Lensa RGB yang ditawarkan ini memiliki OIS dengan aperture f/1.6 yang merupakan aperture terbesar ditawarkan pada telefon pintar

Kamera hadapan Huawei Mate 10 Pro pula adalah unit 8MP dengan aperture f/2.2.

Bercakap mengenai sokongan AI pada Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro, telefon pintar ini dilihat akan menggunakan pemproses NPU seperti pengambilan gambar selfie potrait dan bokeh, pengzooman gambar, pengecaman objek pada gambar dan banyak lagi.

Huawei Mate 10 Pro juga memiliki sokongan mod PC tanpa pengunaan dok dan anda hanya perlu menyambung telefon pintar anda kepada skrin dengan kable USB-C. Lebih menarik anda boleh menggunakan telefon pintar anda sebagai pad kekunci dan pad sesentuh.

Huawei Mate 10 Pro turut hadir dengan sensor capjari, slot USB-C, tiada slot audio 3.5mm, kalis air IP67 dan EMUI 8.0 yang berasaskan sistem operasi terbaru Android iaitu Android Oreo.

Comments

comments