Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2 Lite kini lebih murah dengan harga RM 659 sahaja

Huawei Nova 2 Lite yang dilancarkan ke pasaran Malaysia beberapa bulan lalu pada harga RM 799 ( termasuk GST) akan mula ditawarkan pada harga lebih rendah mulai hari ini.

Menangi hadiah lumayan sehingga RM 6 Juta pada karnival Huawei yang akan berlangsung pada 9 & 10 Jun ini.

Huawei Mobile Malaysia telah mengesahkan bahawa mulai 9 Jun, Nova 2 Lite akan mula ditawarkan pada harga RM 659 berbanding harga asal RM 754 ( selepas GST di mansuhkan).

Penurunan harga ini juga serentak dengan penawaran Huawei Nova 2 Lite didalam warna merah jambu.

Bercakap mengenai spesifikasi, Huawei Nova 2 Lite ini hadir dengan reka bentuk berasaskan rangka polikarbonat yang mempunyai kemasan berkilau ataupun didalam kemasan matte dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.99-inci sebagai tarikan utama.

ACD36996-A6B3-4E45-BBFD-5FCE8BFE1012.jpeg

Huawei juga hadir dengan pemproses Qualcomm iaitu Snapdragon 430 dan bukanya pemproses Kirin.

Selain itu, Nova 2 Lite juga memiliki 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

E4E8D409-4E48-4BD4-81B8-2E2036B5EFBB.jpeg

Beralih kepada bahagian kamera, Huawei Nova 2 Lite hadir dengan teknologi dwi-kamera 13MP+2MP pada bahagian belakang yang mempunyai fungsi kesan bokeh dan turut mempunyai pemfokusan PDAF dan flash led.

ADB521AD-E43A-4956-BE89-306A0DA7A964.jpeg

Bercakap mengenai fotografi selfie pula, Huawei Nova 2 Lite akan memiliki kamera 8MP dengan aperture f/2.0 yang turut memiliki teknologi lampu flash “Smart Selfie Toning Flash” yang mengubah cahaya flash untuk gambar selfie yang lebih semulajadi.

Selain itu, Huawei Nova 2 Lite juga memiliki sensor capjari, sokongan 4G LTE dan VoLTE , teknologi pembukaan melalui wajah, EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo dan sokongan dwi-SIM.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.