Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Beli telefon pintar Sony Xperia dan nikmati hadiah percuma bernilai RM 448

Sony Mobile Malaysia telah mengumumkan satu promosi istimewa “Hari Raya Bersama Xperia” yang memberikan anda lebih nilai apabila membeli telefon pintar terbaru Xperia.

Pembeli telefon pintar Sony Xperia yang terbaru layak menerima hadiah percuma yang mempunyai nilai sehingga RM 448.

Dengan pembelian Sony Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact, pembeli akan menerima pak eksklusif Xperia bernilai RM 199 dan satu unit Headphone tanpa wayar Sony CH400 bernilai RM 249.

Bagi pembelian Sony Xperia XA2 Ultra dan Sony Xperia XA1 Plus pula, anda akan menerima pek ekslusif Xperia bernilai RM 199.

Promosi “Hari Raya Bersama Xperia” ini akan berlangsung dari 15 Mei sehingga 1 Julai 2018.

Harga penjualan telefon pintar Sony Xperia yang layak menerima hadiah percuma ini adalah seperti berikut :

Sony Xperia XZ2 – RM 3,299

Sony Xperia XZ2 Compact – RM 2,699

Sony Xperia XA2 Ultra – RM 1,799

Sony Xperia XA1 Plus – RM 1,299

Selepas tamat musim perayaan, kita mungkin akan menyaksikan Sony memperkenalkan telefon pintar  Sony Xperia XZ2 Premium yang diumumkan dengan skrin 4K HDR dan dwi-kamera Motion Eye di Malaysia.

Comments

comments