Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy S9 – kelahiran semula Galaxy S8

Pendahuluan

Siri Samsung Galaxy S memasuki generasi ke-9 tahun ini dan perbezaan antara dua model didalam siri iaitu Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ adalah lebih dari sekadar saiz skrin dan bateri sahaja.

Samsung Galaxy S9 yang memiliki satu unit kamera dibahagian belakang juga telah diberi gelaran sebagai telefon pintar pertama didunia untuk memiliki aperture boleh ubah.

Kami telah diberikan peluang untuk menguji kebolehan telefon pintar flagship Samsung ini dan berikut adalah ulasan jujur kami mengenai Samsung Galaxy S9.

Reka Bentuk

Reka bentuk Siri Galaxy S Samsung tidak pernah mengecewakan pengguna dan kali ini, Samsung telah membuat perubahan kosmetik minima pada S9 berbanding Galaxy S8 namun ianya sesuatu yang memberikan impak kepada pengunaan harian peranti ini.

Jika diletakkan secara bersebelahan, anda pasti mempunyai kesukaran untuk membezakan Galaxy S8 dan Galaxy S9 kerana kedua-dua model ini boleh dikatakan hampir 90% sama.

Walaubagaimanapun, dengan melihat panel belakang, anda boleh membezakan telefon pintar ini dengan mudah kerana sensor capjari Galaxy S9 kini diletakkan dibahagian bawah modul kamera dan bukanya bersebelahan kamera seperti pada model S8.

Lokasi baru sensor capjari ini memastikan anda tidak tersilap meletakkan jari anda pada kamera yang merupakan antara kelemahan reka bentuk pada Galaxy S8.

Selain itu, Galaxy S9 juga hadir dengan rangka aluminium yang lebih kukuh dan tidak mudah calar selain pengunaan gelas Corning Gorilla 5 pada bahagian hadapan dan belakang.

Pengunaan sebelah tangan Galaxy S9 bukan lah sesuatu yang mustahil walaupun ianya memiliki skrin paparan berukuran 5.8-inci dan ianya adalah topik ulasan yang kami yang seterusnya.

Skrin Paparan

Samsung Galaxy S9 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Infinity Display berukuran 5.8-inci yang hadir dengan resolusi 2960 x 1440.

Skrin paparan Galaxy S9 ini hadir dengan sisi yang melengkung yang dikenali sebagai ‘ Dual Edge’.

Samsung Galaxy S9 merupakan antara telefon pintar dengan skrin terbaik dipasaran dan ianya telah disahkan sendiri oleh DisplayMate dan pengunaan harian kami bersama Galaxy S9 juga boleh memberikan kami tanggapan yang lebih kurang sama.

Pemproduksian warna dan kecerahan skrin Galaxy S9 tiada tolok tandingnya dan ianya turut hadir dengan sokongan HDR Premium.

Saiz bezel atas dan sisi pada Galaxy S9 juga adalah sangat minima dan walaupun mengunakan skrin dengan nisbah 18:9, kami tidak merasakan sebarang kesukaran untuk memegang dan menggunakanya pada sebelah tangan.

Pengunaan skrin paparan ini pada keadaan cahaya matahari yang terik menunjukan telefon pintar ini masih mampu menawarkan kadar penglihatan skrin yang optimum dengan meningkatkan kadar kecerahan skrin secara automatik.

Secara keseluruhanya, kami berani mengatakan bahawa Galaxy S9 mempunyai skrin yang terbaik pada telefon pintar yang pernah kami uji setakat ini.

Prestasi Dalaman

Samsung Galaxy S9 hadir dengan pemproses Exynos 9810 bagi model yang dijual di Malaysia.

Pemproses 8-teras Samsung ini memiliki kuasa pemprosesan yang baik namun ianya tidak setaraf dengn pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang ditawarkan pada model Galaxy S9 dibeberapa pasaran.

Ianya disertakan dengan 4GB RAM dan satu kapasiti memori dalaman sahaja iaitu 64GB. Pengunaan 4GB pada telefon pintar kelas flagship boleh dikatakan menepati syarat minima telefon pintar didalam kelas ini.

Berdasarkan pengunaan kami, pemproses Exynos 9810 pada Galaxy S9 ini berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik namun semua pasti sedia maklum bahawa pemproses Qualcomm Snapdragon 845 adalah yang terbaik di pasaran.

Kamera

Menerusi slogan ‘ The Camera. Reimagnied’, kita

telah diberikan gambaran jelas bahawa fokus utama Samsung bagi Galaxy S9 adalah pada kamera dan ternyata ianya telah menepati jangkaan kami.

Kamera utama 12MP yang dimiliki oleh Samsung mungkin kelihatan seperti kamera telefon pintar yang lain namun tersembunyi satu ciri yang tidak pernah ditawarkan pada mana-mana telefon pintar sebelum ini.

Kamera ini hadir dengan aperture boleh ubah iaitu f/1.5 bagi pengambilan gambar pada keadaan cahaya rendah dan aperture f/2.4 bagi pengambilan gambar pada keadaan cahaya yang sempurna.

Kamera belakang Samsung Galaxy S9 ini adalah kamera yang sempurna untuk kegunaan harian dan cara pengunaan kesemua mod kamera yang ditawarkan adalah mudah kecuali mod pro yang memerlukan sedikit kepakaran fotografi.

Samsung Galaxy S9 juga hadir dengan mod pengambilan video gerak perlahan superslow-mo pada kadar 960fps dengan resolusi 1080, AR Emoji yang membolehkan anda mencipta emoji personaliti anda namun pengesanan pergerakan atau expresi muka tidak sehebat Apple iPhone X.

Selain itu, Samsung Galaxy S9 juga hadir dengan mod pengambilan gambar makanan, panorama, pengambilan gambar yang dikenali sebagai ‘selective focus’ yang mana anda boleh mengambil gambar objek atau subjek sebelum memilih jenis fokus yang anda mahu.

Beralih kepada kamera selfie Samsung Galaxy S9 ini, ianya adalah unit kamera 8MP yang mampu memberikan pulangan gambar yang baik.

Mod kamera yang ditawarkan melalui kamera hadapan adalah selfie, AR Emoji, Selfie Focus dan Wide Selfie.

Kamera hadapan juga menawarkan ciri pencantikan gambar selfie yang sedikit rumit berbanding perisian kecantikan yang ditawarkan oleh pengeluar telefon pintar lain.

Secara keseluruhan, Samsung Galaxy S9 hadir dengan kamera yang baik namun pada pendapat kami, ianya ketinggalan dibelakang Galaxy S9+, Huawei P20, Huawei P20 Pro dan juga Apple iPhone X.

Bateri

Samsung Galaxy S9 hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh yang mana ianya adalah sama seperti pada Galaxy S8 namun dengan pemproses yang lebih efisen.

Pengecasan pantas juga turut ditawarkan bersama Galaxy S9 ini dan pengecasan penuh mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit manakala pengecasan tanpa wayar pada Galaxy S9 mempunyai sokongan Qi dan PMA yang menjadikanya satu-satu jenama yanh menyokong kedua-dua jenis pengecasan pantas ini.

Jangka hayat bateri pada Galaxy S9 ini adalah memuaskan namun dengan pengunaan skrin yang lebih cerah, kebanyakkan tenaga Galaxy S9 boleh dikatakan habis digunakan pada bahagian ini.

Penutup

Samsung Galaxy S9 yang dilancarkan bersama-sama Galaxy S9+ bukanlah telefon pintar utama syarikat ini dan dengan jelas kelihatan bahawa teknologi yang lebih baik ada pada versi plus yang ditawarkan pada harga yang lebih mahal.

Pada harga RM 3,299, Samsung Galaxy S9 adalah telefon pintar flagship yang sempurna namun ianya sedikit ketinggalan apabila dibandingkan dengan Galaxy S9+ yang hadir dengan teknologi dwi-kamera.

Dengan penambahbaikan minima apabila dibandingkan dengan Samsung Galaxy S9, Samsung sudah pasti menerima realiti bahawa lebih banyak pembeli akan tertarik kepada Galaxy S9+ yang ditawarkan pada harga penjualan yang lebih tinggi

Samsung Galaxy S9 kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 3,299

Anda boleh beli Samsung Galaxy S9 di SINI.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.