Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini Android Oreo kini ditawarkan bagi Nokia 3

HMD Global Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Nokia 3 telah mula menerima kemaskini Android 8.0 Oreo.

Dengan pengesahan terbaru ini, Nokia 3 menyertai Nokia 8, Nokia 6 dan Nokia 5 sebagai peranti yang telah menerima kemaskini Android Oreo yang tulen.

Dengan kemaskini Android Oreo, Anda kini boleh menikmati pelbagai ciri baru Android pada Nokia 3 seperti mod picture-in-picture dan 60 emoji baru.

Selain kemaskini Android yang terkini, HMD Global juga komited didalam memastikan bahawa semua model telefon pintar Nokia yang baru akan menerima penawaran terbaik perisian Android daripada Google.

Menyentuh sedikit mengenai HMD Global di Malaysia, ianya kini menawarkan hampir kesemua portfolio telefon pintar mereka di Malaysia susulan pelancaran Nokia 7 Plus dan Nokia 1 edisi Android Go bulan lalu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.