Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P20 Pro warna twillight disahkan tiba di Malaysia tidak lama lagi

Huawei P20 Pro warna twillight disahkan tiba di Malaysia tidak lama lagi 1
Huawei P20 dan Huawei P20 Pro yang dilancarkan di pasaran Malaysia telah mendapat sambutan yang menggalakan dengan lebih seribu orang beratur untuk membeli telefon pintar ini pada hari pertama roadshow.

Ketika pelancaran, Huawei P20 dan Huawei P20 Pro ditawarkan didalam tiga warna sahaja iaitu hitam, biru dan emas ros gradiasi.

Sedikit mendukacitakan, warna keempat dengan nama twillight yang merupakan warna paling cantik disahkan hanya akan ditawarkan pada tarikh yang diumumkan kelak.

ULASAN : Huawei P20 – Teknologi fotografi profesional kini boleh digunapakai oleh semua

Walaubagaimanapun, kita nampaknya tidak perlu menunggu lama kerana pilihan warna ini dijangka akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi walaupun sebelum ini diura-urakan akan ditawarkan oleh Maxis mulai hari ini

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Huawei Malaysia dan warna twillight boleh dikatakan antara warna yang ditunggu-tunggu oleh peminat.

Kami berharap bahawa stok Huawei P20 Pro didalam warna twillight ini akan mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran Malaysia.

Huawei P20 Pro akan didalam warna gradasi twillight ini akan ditawarkan pada harga RM 3,299 iaitu sama dengan harga bagi warna-warna lain manakala Huawei P20 ditawarkan pada harga RM 2,599 sahaja.

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro telah mendapat mata tertinggi didalam ujian fotografi Dxo Mark dengan markah keseluruhan 102 bagi P20 dan 109 bagi P20 Pro.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.