Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Huawei P20 – Teknologi fotografi profesional kini boleh digunapakai oleh semua

Pendahuluan

Huawei jenama telefon pintar kedua terbesar dunia telah menyerang lagi dan kali ini penawaran telefon pintar Huawei P20 dan Huawei P20 Pro sekali lagi telah mengubah landskap fotografi pada telefon pintar.

Huawei P20 adalah model yang lebih berpatutan daripada dua model yang ditawarkan namun dengan teknologi dwi-kamera Leica generasi ketiga dan pemproses Kirin 970 yang menyokong AI, ianya tidak boleh dipandang rendah khususnya apabila dibandingkan dengan model telefon pintar Android yang lain dipasaran.

Dengan reka bentuk dan warna-warna unik di pasaran, Huawei P20 dijangka akan mendapat sambutan yang baik khususnya kerana harga penjualan model ini yang boleh angkat sebagai telefon pintar kelas ‘flagship’ paling murah di Malaysia.

Berikut adalah ulasan Huawei P20 yang merupakan antara telefon pintar Android yang perlu anda memberikan pertimbangan serius sebelum membeli telefon pintar ‘flagship’ yang baru. 

Spesifikasi

  • Skrin paparan FHD+ berukuran 5.8-inci
  • Pemproses Kirin 970 + NPU
  • 4GB RAM/128GB memori dalaman
  • Kamera utama 12MP + monokrom 20MP
  • Kamera selfi 24MP
  • Bateri berkapasiti 3,400mAh dengan Huawei SuperCharge
  • Harga : RM 2,599

Reka Bentuk

Jika tahun lalu, aluminium menjadi pilihan, Huawei P20 dan P20 Pro telah mengadaptasikan pengunaan gelas dengan kemasan seperti cermin dibahagian belakang.

Ianya mempunyai lapan lapisan gelas yang memberikan kemasan paling premium yang boleh anda bayangkan dan tahun ini, Huawei turut memperkenalkan warna gradasi yang berinspirasikan alam semulajadi.

Selain itu, Huawei juga berjaya menempatkan sensor capjari dibahagian hadapan walaupun hadir dengan nisbah skrin 19:9 yang memberikan lebih banyak saiz skrin pada rangka yang kompak.

Takukan atau notch pada skrin tidak terlepas daripada padangan Huawei yang mana pada pandangan kami merupakan antara reka bentuk menarik dan terkini.

Walaubagaimanapun, tidak semua mempunyai citarasa yang sama dan untuk itu, Huawei telah menawarkan fungsi untuk anda ‘menyorokkan’ takukan ini dengan menggunakan latar belakang bewarna hitam pada bahagian notch tersebut.

Huawei P20 tidak hadir dengan sebarang butang kapasitif dan ianya digantikan dengan butang maya dan ianya yang mempunyai rekabentuk yang sinonim dengan Huawei.

Huawei P20 juga hadir dengan penjenaman melintang pada bahagian belakang membuktikan fokus Huawei adalah pada fotografi.

Huawei P20 juga mempunyai dua pembesar suara dibahagian bawah dan sedikit menyedihkan apabila kedua-dua model P20 dan P20 tidak mempunyai slot audio 3.5mm namun Huawei menawarkan adapter audio jack 3.5mm kepada USB-C didalam kotak.

Prestasi dalaman

Huawei P20 hadir dengan pemproses Kirin 970 yang diperkenalkan pada model Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro.

Trend di pasaran sekarang adalah teknologi AI dan Huawei boleh berbangga kerana ianya merupakan antara pengeluar telefon pintar pertama didunia untuk mempunyai unit pemproses AI yang berasingan dan ianya dikenali sebagai NPU ‘Neural Processing Unit’

Dengan AI, Huawei P20 adalah lebih pintar mengkaji trend pengunaan, tetapan kamera, mod kamera yang sesuai untuk keadaan semasa dan teknologi pengstabilan imej AI yang pertama kali digunakan.

Huawei P20 juga memiliki 4GB RAM dengan  128GB memori simpanan dalaman namun tiada slot microSD. 

Huawei P20 hadir dengan EMUI 8.1 yang berasaskan Android 8.1 Oreo yang menawarkan kesemua ciri-ciri Android yang terkini namun OS Huawei ini dianggap masih belum mampu menandingi UI Samsung ataupun Apple iOS.

Kamera

Kepakaran kamera Huawei P Series sudah tidak boleh dinafikan lagi khususnya selepas berkerjasama dengan Leica.

Unit kamera Huawei P20 telah mendapat pengiktirafan DxO Mark yang kedua tertinggi didalam sejarah dengan 107 mata bagi foto dan 94 bagi video memberikan mata keseluruhan 102 ( tempat pertama milik Huawei P20 Pro).

Bercakap mengenai sensor pula, Huawei P20 hadir dengan unit kamera 12MP f/1.8 bersama-sama sensor monokrom 20MP yang memiliki aperture f/1.6 selain teknologi pengstabilan AI Image Stabilization.

Kami amat kagum dengan kebolehan kamera yang dimiliki oleh Huawei P20 khususnya pengambilan gambar di waktu malam yang memberikan hasil amat baik. 

Huawei P20 dan Huawei P20 hadir dengan kebolehan mengesan 19 adengan pengambaran sebelum memberikan cadangan tetapan atau mod kamera yang sesuai untuk keadaan tersebut.

Gambar Menara Berkembar Petronas yang diambil oleh kami ini adalah didalam mod “night shot” yang dipilih secara automatik oleh telefon pintar ini.

Mod Night shot ini adalah pengambilan gambar selama 8 saat dan dengan AI anda kini tidak perlu risau akan tangan yang bergoyang kerana gambar-gambar yang kabur akan dibuang secara pintar dengan bantuan enjin AI.

Bercakap mengenai kamera selfie yang dimiliki oleh Huawei P20 ini, ianya adalah unit kamera 24MP yang boleh dikatakan antara kamera selfie beresolusi tinggi ditawarkan dipasaran ketika ini.

Resolusi sahaja tidak cukup dan kamera selfie Huawei P20 turut mempunyai sokongan gambar potrait, video,  3D portrait lighting dan mod beautify 10 tahap.

Huawei P20 menyokong pengambilan video yang biasa ditawarkan pada telefon dan tidak lupa juga sokongan video gerak perlahan super dengan kadar frame 960 sesaat yang hanya di tawarkan pada Samsung Galaxy S9, Galaxy S9+, Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact.

Prestasi bateri

Huawei P20 hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas Huawei SuperCharge yang mampu mencapai kapasiti 58% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja. 

Tahap Pengecasan ini adalah hampir 300% lebih berbanding tahap pengecasan Apple iPhone X yang hadir didalam kotak pembelian.

Plak pengecasan Huawei SuperCharge melalui USB-C ini mempunyai output pengeluaran 5V/2A, 4.5V/5A atau 5V/5A

Penutup

Huawei P20 adalah telefon pintar yang sempurna dari semua segi selain harga penjualan yang berpatutan didalam kategori ‘flagship’

Dengan fokus utama adalah pada penawaran fotografi, Huawei P20 berjaya mengagumkan kami didalam pengambilan gambar mod ‘night shot’ yang luar biasa.

Pada harga RM 2,599 Huawei P20 mempunyai potensi untuk menjadi salah satu daripada telefon pintar Android terbaik tahun ini.

Selepas terpesona dengan kehebatan kamera Huawei P20, kami tertanya-tanya akan kebolehan kamera Huawei P20 Pro yang ditawarkan pada harga RM 3,299.

Anda boleh beli Huawei P20 di SINI.

Gambar-gambar yang diambil menggunakan kamera Huawei P20

Gambar selfie Huawei P20

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.