Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi akan menawarkan Oppo F7 128GB secara percuma

Oppo F7 yang dilancarkan di Malaysia minggu lalu telah mendapat sambutan yang menggalakan di pasaran Malaysia khususnya kerana kamera selfie 25MP dengan harga penjualan hanya RM 1,399 selain versi 128GB yang akan mula dijual pada 28 April dengan harga RM 1,699.

Tempahan bagi Oppo F7 128GB masih dibuka dan mulai esok anda juga boleh mendapatkanya secara percuma melalui pelan pascabayar Digi.

Pelan Digi yang menawarkan Oppo F7 128GB secara percuma adalah Digi Postpaid 150 dan Digi Postpaid 250 yang mana masing-masing menawarkan 60GB dan 120GB internet dan pa nggilan percuma kesemua rangkaian setiap bulan.

Pelan ini juga boleh dikongsi bersama dengan dua lagi nombor dibawah akaun anda tanpa sebarang caj tambahan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mengunjungi mana-mana stor rasmi Digi di seluruh negara untuk mendapatkan Oppo F7 128GB ini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.