Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P20 Pro didalam warna twillight akan ditawarkan mulai 26 April ini

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro yang dilancarkan di pasaran Malaysia telah mendapat sambutan yang menggalakan dengan lebih seribu orang beratur untuk membeli telefon pintar ini pada hari pertama roadshow.

Ketika pelancaran, Huawei P20 dan Huawei P20 Pro ditawarkan didalam tiga warna sahaja iaitu hitam, biru dan emas ros gradiasi.

Sedikit mendukacitakan, warna keempat dengan nama twillight yang merupakan warna paling cantik disahkan hanya akan ditawarkan pada tarikh yang diumumkan kelak.

ULASAN : Huawei P20 – Teknologi fotografi profesional kini boleh digunapakai oleh semua

Walaubagaimanapun, kita nampaknya tidak perlu menunggu lama kerana pilihan warna ini dijangka akan ditawarkan oleh Maxis mulai 26 April ini.

Huawei P20 Pro didalam warna twillight yang menarik ini akan ditawarkan melalui pelan MaxisOne.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Huawei P20 atau Huawei P20 Pro, Maxis kini menawarkan telefon pintar ini dengan bayaran serendah RM 1 sahaja.

Maklumat lanjut boleh diketahui di sini.

Sumber 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.