Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Acer melancarkan komputer riba edisi terhad Avengers : Infinity War

Acer Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan tiga komputer riba edisi terhad Marvel’s Avenger : Infinity War yang akan mula ditayangkan pada 25 April ini.

Malaysia adalah antara 8 negara Asia Pasifik yang terpilih untuk menerima tiga model komputer riba Acer edisi terhad Avengers ini.

Tiga model Acer Avengers : Infinity War adalah Acer Aspire 6 – edisi Captain America, Acer Nitro 5 – edisi Thanos dan Acer Swift 3 – edisi Iron Man.

Acer Aspire 6 Edisi Captain America hadir dengan pemproses Intel Core i5-825OU, RAM 4GB DDR, memori dalaman SATA 1TB HDD, kad grafik Nvidia GeForce MX150(2GB GDDR5), dan skrin paparan FHD IPS berukuran 15.6-inci.

Acer Nitro 5 edisi Thanos pula adalah komputer riba yang lebih memfokuskan kepada ‘gamers’, ianya hadir dengan pemproses i5-7300HQ, RAM 8GB DDR, memori dalaman 128GB SSD + 1TB HDD, kad grafik NVIDIA GeForce GTX1050 (4GB GDDR5) dan skrin paparan FHD IPS 15.6-inci.

Acer Swift 3 edisi Iron Man pula hadir dengan pemproses Intel i5-825OU, RAM 8GB DDR, memori dalaman SSD 256GB, kad grafik Nvidia GeForce MX150(2GB GDDR5) dan skrin paparan IPS FHD berukuran 14.0-inci.

Acer Aspire 6 edisi Captain America ini ditawarkan pada harga RM 3,299 manakala Acer Nitro 5 edisi Thanos ditawarkan pada harga RM 4,299 dan Acer Swift 3 edisi Iron Man ditawarkan pada harga RM 4,399.

Pembeli ketiga-tiga komputer riba edisi terhad ini akan menerima pendrive Avengers 16GB ( satu karakter sahaja) dan beg galas premium Acer bernilai RM 399 secara percuma ( dari 17 April sehingga 30 Jun 2018).

Acer juga akan mengadakan roadshow khas selama 4 hari di Sunway Pyramid pada 26-29 April dengan pelbagai aktiviti dan promosi khas telah dirancang.

Spesifikasi penuh ketiga-tiga komputer riba ini adalah seperti berikut :

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.