Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Amazon kini menawarkan penghantaran ke Malaysia

Amazon kini menawarkan penghantaran ke Malaysia 1

stor e-perdagangan terkemuka dunia, Amazon hari ini telah mengumumkan bahawa ianya telah melancarkan pengalaman ‘Membeli-belah Antarabangsa’ yang membolehkan pelanggan di pasaran luar Amerika Syarikat membeli mana-mana dari 45 juta barang yang dijual di Amazon.

sokongan penghantaran antarabangsa ini turut termasuk bagi pengguna di Malaysia dan pembelian di Amazon boleh dilakukan dengan memuat turun aplikasi Amazon di Apple App Store dan di Google Play Store.

Amazon menawarkan pengguna kemudahan untuk membeli-belah didalam 5 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Sepanyol, Cina
, Jerman, dan Portugis Brazil dengan sokongan 25 jenis mata wang

Pelanggan juga  boleh memilih dari pelbagai pilihan penghantaran dan kelajuan penghantaran ( maklumat lanjut boleh diketahu di sini)

Pengalaman Membeli-belah Antarabangsa ini juga memaparkan harga, kos penghantaran, dan anggaran
duti import secara telus dan Amazon menyelaraskan dengan syarikat kurier untuk pelepasan kastam bagi pihak pelanggan.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.amazon.com/global.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.