Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 6X dan Mi A2 akan dilancarkan secara rasmi pada 25 April ini

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa Xiaomi Mi 6X akan dilancarkan secara rasmi pada 25 April ini.

Ianya juga akan menjadi kali pertama majlis pelancaran produk Xiaomi diadakan diluar Beijing dengan Wuhan menjadi bandar yang terpilih untuk pelancaran Mi 6X.

Wuhan adalah tempat yang bermakna bagi ketua pegawai eksekutif Xiaomi iaitu Lei Jun yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda didalam sains komputer pada tahun 1991.

Xiaomi Mi 6X juga telah disahkan secara rasmi akan memiliki kamera utama dwi-kamera 20MP.

Selain itu, maklumat spesifikasi tidak rasmi yang diketahui adalah skrin paparan 5.99-inci dengan resolusi 2160 x 1080 dengan nisbah 18:9, pemproses Snapdragon 626, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapaiti 2,910mAh.

Selain Mi 6X, Xiaomi akan turut memperkenalkan telefon pintar ini sebagai Mi A2 yang merupakan peranti versi Android One yang hadir dengan sistem operasi Android yang tulen dan bukanya MIUI.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.