Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor View10 dan Honor 7x kini pada harga yang lebih murah

Honor View10 dan Honor 7x kini pada harga yang lebih murah 1

Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar berasaskan AI pertama Honor iaitu Honor View10 dan Honor 7x akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah

Honor View10 kini akan ditawarkan pada harga RM 1,899 manakala Honor 7x ditawarkan pada harga RM 899 sahaja.

Selain Honor View10, Honor 7x turut menerima pemotongan harga dengan harga penjualan baru adalah RM 899 (penjimatan sebanyak RM 200).

Honor View 10  hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.99-inci ( 1080 x 2160 piksel),  6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Bercakap mengenai kamera, Honor View 10 hadir dengan tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu sensor 16MP dan sensor hitam putih 20MP. Kamera ini mempunyai aperture f/1.8 namun tiada optik pengstabilan imej dan tidak lupa kamera selfie 13MP dengan aperture f/2.0.

Honor Malaysia telah mengesahkan Honor 10 akan memasuki pasaran tempatan

Huawei View 10 juga memiliki bateri berkapasiti 3,750mAh yang disertakan dengan plak pengecasan pantas 5V/4.5A ( Honor SuperCharge), EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo dan VoLTE .

maklumat spesifikasi Honor 7x boleh anda baca disini

Honor View10 dan Honor 7x kini pada harga yang lebih murah 2

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.