Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399

Vivo V9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399 1

Vivo Malaysia secara rasminya telah melancarkan Vivo V9 ke pasaran Malaysia dan model terbaru Vivo ini hadir dengan teknologi selfie AI pada kamera 24MP selain skrin paparan Fullview dengan reka bentuk seperti iPhone X.

Pelancaran rasmi Vivo V9 ini menyusul selepas DirectD membuka tempahan bagi telefon pintar ini minggu lalu.

Vivo V9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399 2

Bercakap mengenai spesifikasi, Vivo V9 hadir dengan skrin paparan Fullview FHD+ berukuran 6.3-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 626, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Vivo V9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399 3

Fokus utama telefon pintar Vivo V9 ini adalah untuk menawarkan teknologi selfie yang baik dan buktinya adalah dengan penawaran sensor kamera 24MP yang turut mempunyai sokongan pencantikan yang dikenali sebagai AI Beautification.

Vivo V9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399 4

Kamera belakang Vivo V9 adalah sensor dwi-kamera 16MP + 5MP yang mana ianya diletakkan secara menegak sekali lagi mengikut jejak langkah Apple.

Vivo V9 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,260mAh dan Android 8.1 Oreo.

Vivo V9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399 5

Vivo V9 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 31 Mac ini pada harga penjualan RM 1,399 dan akan ditawarkan didalam dua warna iaitu emas dan hitam.

Vivo V9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399 6Vivo V9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399 7Vivo V9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399 8Vivo V9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399 9

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.