Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

2,500 unit Honor 9 Lite dijual didalam masa 6 jam penjualan

2,500 unit Honor 9 Lite dijual didalam masa 6 jam penjualan 1

2,500 unit Honor 9 Lite dijual didalam masa 6 jam penjualan 2

Penjualan Honor 9 Lite melalui Shopee Malaysia dan Vmall Malaysia nampaknya mendapat sambutan diluar jangkaan dengan 2,5000 unit model telefon pintar ini dijual didalam masa 6 jam sahaja ( melalui dua penjualan Shocking Sale).

Ini menjadikan Honor 9 Lite sebagai model paling laris di Malaysia sejak jenama Honor ditubuhkan kira-kira 4 tahun lalu.

Ketika penjualan kilat Shocking Sale ini, Honor 9 Lite ini ditawarkan pada harga RM 699 iaitu RM 50 lebih murah berbanding harga penjualan rasmi RM 749.

Honor 9 Lite ini ditawarkan didalam dua warna iaitu kelabu dan biru.

Selain itu, mulai 20 Mac, Honor akan mengadakan promosi Fashion Festival di Shopee Malaysia dan vMall dimana 400 pembeli pertama akan menerima sehelai baju kemeja-t Honor X T&TCo bernilai RM 159 secara percuma manakala 150 pembeli berikut akan menerima set kosmetik Maybelline bernilai RM 58 secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.