Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9 Lite dilancarkan secara rasmi pada harga RM 749


Honor Malaysia secara rasminya telah telefon pintar Honor 9 Lite ke pasaran tempatan dan ianya akan ditawarkan secara eksklusif melalui Shopee.

Terus kepada spesifikasi, Honor 9 Lite hadir dengan skrin paparan FullView 18:9 berukuran 5.2-inci yang mempunyai resolusi FHD+ 1080 x 2160, pemproses Kirin 659, 3GB RAM, 32GB memori dalaman, bateri berkapasiti 3,000mAh dan EMUI 8.0 yang berasaskan Android 8.0 Oreo.

Honor 9 Lite juga akan menjadi satu lagi peranti yang hadir dengan 4 kamera iaitu dua dihadapan dan dua dibelakang iaitu sensor 13MP + 2MP yang disertakan dengan pemfokusan PDAF dan flash LED ( bagi kamera belakang).

Honor 9 Lite akan turut menyokong teknologi “face unlock, sensor capjari, slot microSD dan slot dwi-SIM.

Honor 9 Lite akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu biru dan kelabu dengan harga penjualan RM 749 namun pada 9 Mac ini ( bermula jam 9 pagi), Shopee akan menawarkan Honor 9 Lite pada harga istimewa iaitu RM 699 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.