Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 5 kini ditawarkan pada harga RM 599 sahaja

Mi Malaysia telah mula menawarkan Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus ke pasaran Malaysia pada bulan lalu dan ketika pelancaran bulan lalu, Redmi 5 dengan 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman ditawarkan pada RM 679.

Selepas itu, Xiaomi juga telah membawa masuk Redmi 5 versi 2GB RAM + 16GB ROM pada harga RM 499.

Walaubagaimanapun, Mi Malaysia kini telah mengesahkan bahawa mulai 16 Mac, Xiaomi Redmi 5 versi 3GB/32GB akan ditawarkan pada harga RM 599 sahaja iaitu RM 80 lebih murah berbanding sebelum ini.

Terus kepada spesifikasi, Xiaomi Redmi 5 ini hadir dengan skrin paparan 18:9 berukuran 5.7-inci iaitu dengan resolusi HD+, pemproses Qualcomm Snapdragon 450 berkelajuan 1.8GHz.

Selain itu, Xiaomi Redmi 5 juga hadir dengan kamera utama 12MP selain kamera selfie 5MP yang mana kedua-dua sensor ditemani dengan flash LED. Redmi 5 ini juga hadir dengan sensor capjari, bateri berkapasiti 3,300mAh dan MIUI 9 yang berasaskan Android 7.1.2 Nougat.

Xiaomi Redmi 5 ini ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, biru dan emas dan anda boleh melakukan pembelian di Lazada Malaysia.

Beli Xiaomi Redmi 5 di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.