Nokia secara rasminya melancarkan Nokia 7 Plus dan Nokia 8 Sirocco
Nokia telah memperkenalkan 4 telefon pintar baru di Mobile World Congress 2018 iaitu Nokia 1 dengan Android Oreo ( edisi Go), Nokia 7 Plus, Nokia 8 Sirocco dan Nokia 6 (2018) yang telah dilancarkan di pasaran China sebelum ini.
Nokia 7 Plus adalah telefon pintar pertama syarikat ini dengan skrin paparan 18:9 berukuran 6.01-inci (FHD+) dan turut mendapat penghormatan sebagai telefon pintar Nokia pertama untuk menggunakan pemproses Snapdragon 660.
Nokia 7 Plus hadir dengan tetapan dwi-kamera Zeiss 12MP yang mempunyai aperture f/1.75 dengan satu lagi lensa telefoto 12MP dengan aperture f/2.6.
Kamera selfie Nokia 7 Plus adalah unit kamera Zeiss 5MP dengan lensa lebar 84 darjah yang mempunyai aperture f/2.0.
Bercakap mengenai kapasiti RAM dan memori dalaman, Nokia 7 Plus hadir dengan 4GB RAM yang dipadankan dengan 64GB memori dalaman.
Nokia 7 Plus dijangka akan memasuki pasaran pada bulan April dengan harga penjualan €399.
Model kedua yang dilancarkan di MWC adalah Nokia 8 Sirocco yang merupakan versi Nokia 8 yang ditambah baik.
Nokia 8 Siricco hadir dengan panel gelas Gorilla Glass 5 pada bahagian hadapan dan belakang dengan rangka aluminium dan pengunaan gelas membolehkan sokongan pengecasan tanpa wayar Qi dan turut mendapat pensijilan kalis air IP67
Nokia 8 kini hadir dengan skrin paparan QHD 5.3-inci yang merupakan paparan p-OLED dan bukanya paparan QHD LCD yang digunakan pada Nokia 8.
Nokia 8 Sirocco masih mengekalkan pengunaan pemproses Qualcomm Snapdragon 835 dengan 6GB RAM.
Nokia 8 Sirocco juga hadir dengan dwi-kamera 12MP yang sama seperti pada Nokia 7 Plus.
Seperti Nokia 7 Plus, Nokia 8 Sirocco akan turut memasuki pasaran pada bulan April dengan harga penjualan €749.
Spesfikasi Nokia 6 (2018) boleh anda ketahui dengan menekan pautan ini.
Nokia 8110