Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC U11+ akan mula dibuka untuk tempahan 15 Januari ini

HTC U11+ akan mula dibuka untuk tempahan 15 Januari ini 1
HTC secara rasminya telah melancarkan satu lagi model didalam siri telefon pintar utama mereka iaitu HTC U11 Plus selepas HTC U11 diperkenalkan awal tahun ini.

HTC U11 Plus adalah telefon pintar pertama HTC untuk hadir dengan skrin paparan 18:9 atau lebih popular dengan jolokan nama Fullview.

Skrin paparan 6.0-ini HTC U11 Plus ini adalah skrin Super LCD5 yang memiliki resolusi 2880 x 1440p ( 536ppi) dengan gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 5.

HTC U11+ akan mula dibuka untuk tempahan 15 Januari ini 2

Beralih kepada lain-lain spesfikasi HTC U11 Plus ini, ianya hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 835, 6GB RAM, memori simpanan dalaman UFS 2.1 berkapasiti 128GB dan Android 8.0 Oreo dengan HTC Sense.

HTC U11 Plus juga memiliki kamera utama 12.2MP dengan teknologi UltraPixel 3, OIS, EIS, sokongan rakaman video 4K dan video gerak perlahan pada kadar 120fps (1080p). DxOMark memberikan 90 mata untuk kamera U11 Plus ini.

HTC U11 Plus juga memiliki kamera selfie 8MP, Bluetooth 5.0, bateri berkapasiti 3,930mAh, USB-C 3.1, NFC dan pensijilan kalis air IP68, slot microSD.

HTC U11 Plus akan ditawarkan didalam warna hitam lutsinar pada harga RM 3,099 dengan tempahan akan dibuka mulai 15 Januari sehingga 21 Januari sebelum mula dijual melalui wakil penjual Brightstar diseluruh negara dari 22 Januari.

Pembeli yang menempah HTC U11 Plus akan menerima hadiah percuma bernilai RM 250 iaitu beg kulit, powerbank 8,000mAh, kit kembara dan banyak lagi.

Tempahan akan dibuka di Lazada Malaysia, 11street dan Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.