Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HMD Global kini menawarkan Nokia 3 dan Nokia 5 pada harga istimewa

HMD Global kini menawarkan Nokia 3 dan Nokia 5 pada harga istimewa 1

HMD Global yang merupakan pemilik jenama ikonik Nokia telah mengumumkan penawaran diskaun bagi dua telefon pintar Android mereka iaitu Nokia 3 dan Nokia 5.

Nokia 3 akan hadir dengan harga penjualan RM 499 iaitu RM 100 lebih murah berbanding harga penjualan asal dan pembeli juga akan menerima hadiah percuma aksesori peranti bernilai RM 150.

Nokia 5 pula akan hadir dengan harga penjualan RM 699 iaitu RM 100 lebih rendah berbanding harga asal dan akan turut memerima hadiah percuma aksesori telefon pintar bernilai RM 200.

spesifikasi penuh Nokia 3 dan Nokia 5 boleh anda ketahui di SiNi

Vijay Tangavelu yang merupakan pengurus HMD Global bagi Malaysia dan Myanmar berkata, penjualan Nokia 3, Nokia 5 , Nokia 6 dan Nokia 8 adalah sangat menggalakan di Malaysia dan Nokia juga telah membuka lebih 30 stor Nokia seluruh Malaysia ( sasaran untuk membuka 100 stor menjelang 2018).

Tawaran istimewa bagi Nokia 3 dan Nokia 5 ini boleh dinikmati sepanjang bulan Disember dan sehingga stok masih ada.

untuk maklumat lebih lanjut dan lokasi stor anda boleh melihat sendiri di laman FB Nokia Mobile Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.