Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F5 dengan 6GB RAM akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi

Oppo F5 telah ditawarkan Malaysia sejak beberapa minggu lalu dan sambutan yang diterima adalah amat menggalakan dengan tempahan bagi peranti ini adalah 4 kali lebih baik berbanding tempahan Oppo F1s.

Jika anda ada mengikuti laporan majlis pelancaran Oppo F5, anda pasti tahu bahawa Oppo juga akan menawarkan Oppo F5 didalam versi 6GB RAM dan ianya kini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat.

Oppo F5 versi 6GB RAM ini akan hadir didalam satu warna sahaja iaitu warna merah dan selain kapasiti RAM yang lebih besar, terdapat kemungkinan model ini akan turut memiliki kapasiti memori simpanan dalaman yang lebih besar.

Lain-lain spesifikasi Oppo F5 ini adalah skrin paparan Fullview FHD+ berukuran 6.0-inci, pemproses Helio P23, kamera selfie 20MP dengan teknologi AI Beauty, kamera utama 16MP dan bateri berkapasiti 3,200mAh.

Selain itu, Oppo Malaysia juga tidak mendedahkan harga bagi Oppo F5 versi 6GB ini namun ianya dijangka akan ditawarkan pada harga sekitar RM 1,498- RM 1,788.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.