Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC U11+ akan dilancarkan di Malaysia Bulan Hadapan

HTC U11+ akan dilancarkan di Malaysia Bulan Hadapan 1

HTC secara rasminya telah melancarkan satu lagi model didalam siri telefon pintar utama mereka iaitu HTC U11 Plus selepas HTC U11 diperkenalkan awal tahun ini.

HTC U11+ akan dilancarkan di Malaysia Bulan Hadapan 2

HTC U11 Plus adalah telefon pintar pertama HTC untuk hadir dengan skrin paparan 18:9 atau lebih popular dengan jolokan nama Fullview.

Skrin paparan 6.0-ini HTC U11 Plus ini adalah skrin Super LCD5 yang memiliki resolusi 2880 x 1440p ( 536ppi) dengan gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 5.

HTC U11+ akan dilancarkan di Malaysia Bulan Hadapan 3

Beralih kepada lain-lain spesfikasi HTC U11 Plus ini, ianya hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 835, 6GB RAM, memori simpanan dalaman UFS 2.1 berkapasiti 128GB dan Android 8.0 Oreo dengan HTC Sense.

HTC U11+ akan dilancarkan di Malaysia Bulan Hadapan 4

HTC U11 Plus juga memiliki kamera utama 12.2MP dengan teknologi UltraPixel 3, OIS, EIS, sokongan rakaman video 4K dan video gerak perlahan pada kadar 120fps (1080p). DxOMark memberikan 90 mata untuk kamera U11 Plus ini.

HTC U11 Plus juga memiliki kamera selfie 8MP, Bluetooth 5.0, bateri berkapasiti 3,930mAh, USB-C 3.1, NFC dan pensijilan kalis air IP68, slot microSD.

HTC U11+ akan dilancarkan di Malaysia Bulan Hadapan 5

HTC U11 Plus telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada Disember ini dengan harga penjualan masih belum diumumkan.

HTC U11 Plus hadir didalam tiga warna iaitu hitam, perak dan hitam lutsinar yang memberikan anda pandangan dalaman telefon pintar ini yang sudah pastinya unik di pasaran.

HTC U11+ akan dilancarkan di Malaysia Bulan Hadapan 6HTC U11+ akan dilancarkan di Malaysia Bulan Hadapan 7

HTC U11+ akan dilancarkan di Malaysia Bulan Hadapan 8

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.