Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Pertama HTC Dengan Skrin Fullview 18:9 akan dilancarkan 2 November ini

HTC secara rasminya telah mengesahkan bahawa syarikat telefon pintar Taiwan ini akan mengeluarkan satu telefon pintar baru pada 2 November ini.

Walaupun tidak memberikan sebarang maklumat mengenai model apakah yang dilancarkan pada hari Khamis ini, terdapat sedikit petunjuk yang memberikan kita bukti bahawa HTC mungkin akan melancarkan model HTC U11+ yang merupakan versi phablet bagi model telefon pintar telefon pintar mereka.

Berdasarkan dua gambar yang dimuat turun di akaun Twitter HTC, kita boleh mengatakan bahawa HTC U11+ akan menjadi telefon pintar pertama HTC untuk memiliki skrin paparan FullView dengan nisbah 18:9 yang semakin popular.

Disebabkan pengunaan skrin Fullview ini, HTC juga telah membuat keputusan untuk mengalihkan sensor capjari telefon pintar ini ke panel belakang dan terdapat juga tanda-tanda bahawa model ini akan mempunyai sokongan pengecasan tanpawayar.

Walaubagaimanapun, HTC dilihat akan masih mengekalkan pengunaan satu unit kamera utama dibahagian belakang dan masih belum bersedia untuk mengunakan tetapan dwi-kamera yang popular.

Apa pun segala persoalan mengenai apakah nama dan spesifikasi telefon pintar ini akan terjawab didalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.