Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nikmati Diskaun Bernilai RM 4.5 Juta di Vmall pada 7 hingga 11 November ini

Nikmati Diskaun Bernilai RM 4.5 Juta di Vmall pada 7 hingga 11 November ini 1
Honor Malaysia akan menawarkan diskaun sehingga RM 4.5 juta di vmall Malaysia sempena festival penjualan Doublee11 yang merupakan hari pembelian diatas talian terbesar didunia.

Cybersale ini akan diadakan di stor rasmi Honor iaitu Vmall mulai 7 November sehingga 11 November 2017.

Apa yang menarik adalah, Vmall akan turut mengadakan penjualan kilat khas yang akan bermula pada pukul 10 pagi

(akan berlangsung selama sejam) dengan telefon pintar Honor akan ditawarkan pada harga sekitar RM 299 iaitu sehingga 65% lebih murah berbanding harga penjualan asal.
Honor Malaysia juga akan menawarkan produk dengan harga serendah RM 3 dan tawaran lain yang boleh dinikmati ketika Cybersale ini adalah powerbank yang boleh dibeli pada harga RM 68 (harga asal RM 199) dan headphone Honor juga pada harga RM 68 (harga asal RM 248).

Cybersale juga adalah waktu terbaik untuk anda membeli aksesori bagi peranti Honor anda dengan harga bermula serendah RM 11.

Cybersale ini akan berlangsung mulai 7 November ini dan anda boleh melawati  www.vmall.my. untuk melihat apakah tawaran menarik yang ditawarkan oleh Honor Malaysia.

Selain di Honor Malaysia, penjualan cybersale Double11 ini akan turut berlangsung di semua stor atas talian yang popular seperti Lazada, 11street, Shopee, Zalora dan banyak lagi.

Cybersale boleh dikatakan waktu terbaik untuk anda melakukan pembelian atas talian kerana terdapat diskaun yang banyak bagi bakal pembeli.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.