Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro dilancarkan secara rasmi
Seperti yang dijanjikan, Huawei secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar utama terbaru mereka iaitu Huawei Mate 10 yang hadir didalam dua model iaitu Mate 10 dan Mate 10 Pro.
Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro memiliki reka bentuk asimteri yang berasaskan kaca pada bahagian belakang dan hadapan. Huawei Mate 10 juga hadir dengan jalur unik yang kini meliputi ruang kamera seperti pada Nexus 6P dan siri Huawei P.
Bercakap mengenai kamera, Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro hadir dengan teknologi kamera yang sama dan model ini merupakan generasi kedua siri Mate untuk hadir dengan kamera Leica.
Pada bahagian belakang, Kedua-dua model ini memiliki kamera dwi-lensa Leica 3.0 yang mana unit kamera 12MP RGB dipadankan dengan unit kamera monokrom 20MP (f/1.6). Lensa RGB yang ditawarkan ini memiliki OIS dengan aperture f/1.6 yang merupakan aperture terbesar ditawarkan pada telefon pintar ( sama seperti LG V30).
Kamera hadapan Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro pula adalah unit 8MP dengan aperture f/2.2.
Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro juga merupakan telefon pintar utama untuk hadir dengan sokongan 4G pada kedua-dua slot SIM selain telefon pintar pertama didunia untuk menyokong LTE cat.18 ( kelajuan sehingga 1.2Gbps).
Walaupun memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh, Huawei mendakwa Mate 10 dan Mate 10 Pro mempunyai jangka hayat bateri 30% lebih lama berbanding Mate 9 selain teknologi pengecasan pantas Huawei Super Charge yang didakwa 50% lebih pantas berbanding iPhone 8 Plus dan 58% lebih pantas berbanding pengecasan tanpa wayar.
Bercakap mengenai sokongan AI pada Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro, telefon pintar ini dilihat akan menggunakan pemproses NPU seperti pengambilan gambar selfie potrait dan bokeh, pengzooman gambar, pengecaman objek pada gambar dan banyak lagi.
Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro juga memiliki sokongan mod PC tanpa pengunaan dok dan anda hanya perlu menyambung telefon pintar anda kepada skrin dengan kable USB-C. Lebih menarik anda boleh menggunakan telefon pintar anda sebagai pad kekunci dan pad sesentuh.
Bercakap mengenai spesifikasi yang dimiliki Huawei Mate 10 terlebih dahulu, telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan RGBW QHD berukuran 6.0-inci yang memiliki nisbah 16:9, pemproses pintar Kirin 970 yang turut memiliki pemproses NPU untuk tugas AI, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut memiliki sokongan pengecasan Huawei Super Charge
Huawei Mate 10 juga memiliki sensor capjari dibahagian hadapan slot USB-C, slot audio 3.5mm, pensijilan IP53- dan EMUI 8.0 yang berasaskan Android 8.0 Oreo.
Huawei Mate 10 akan hadir didalam tiga warna iaitu hitam, emas, emas pink dan perang mocha dengan harga penjualan €699 (RM 3,840) dan akan memasuki pasaran pada awal bulan Nov 2017 ( termasuk pasaran Malaysia).
Huawei Mate 10 Pro pula hadir dengan skrin paparan OLED HDR HD+ berukuran 5.9-inci dengan nisbah skrin ‘Fullview’ 16:9, pemproses Kirin 970 yang turut memiliki pemproses NPU untuk tugas AI, 6GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang mempunyai sokongan pengecasan Huawei Super Charge.
Huawei Mate 10 Pro turut hadir dengan sensor capjari, slot USB-C, tiada slot audio 3.5mm, kalis air IP67 dan EMUI 8.0 yang berasaskan sistem operasi terbaru Android iaitu Android Oreo.
Huawei Mate 10 Pro pula akan hadir didalam biru, kelabu titanium, perang mocha dan emas dengan harga penjualan €799 (RM 3,978) dan akan turut memasuki pasaran pada awal bulan hadapan ( Malaysia antara kumpulan negara pertama untuk menerima Mate 10, Mate 10 Pro dan Mate 10 Porsche Design).
Lagi gambar dari majlis pelancaran rasmi Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro dibawah