Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga Penjualan Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro di Malaysia Diumumkan

Harga Penjualan Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro di Malaysia Diumumkan 1

Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro telah dilancarkan secara rasmi malam tadi dan telefon pintar ini disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada awal bulan hadapan dengan tempahan mungkin dibuka didalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Huawei Mate 10 mempunyai harga penjualan €699 atau sekitar RM 3,840 bagi pasaran Eropah namun bagi pasaran Malaysia harga penjualan dijangka lebih murah.

Menurut jurucakap Huawei ketika majlis pelancaran ,  Huawei Mate 10 akan ditawarkan pada harga RM 2,699  apabila ianya memasuki pasaran Malaysia dan pada pendapat kami ianya adalah harga yang amat kompetetif dipasaran.

Selain itu, Huawei Mate 10 Pro yang memiliki skrin paparan 18:9 pula adalah €100 lebih mahal dipasaran Eropah namun harga dipasaran Malaysia juga dikatakan akan lebih murah dengan anggaran lebih murah dari harga Huawei Mate 9 Pro iaitu sekitar RM 3,199-RM 3,399.

Bagi anda yang masih belum tahu apakah keistimewaan yang dimiliki oleh Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro, anda boleh membaca laporan penuh majlis pelancaran Mate 10 dan Mate 10 Pro.

Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy Note 8 ditawarkan pada harga RM 3,999 manakala harga penjualan Apple iPhone X adalah hampir dua kali ganda lebih mahal berbanding Huawei Mate 10.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.