Huawei Mate 10 disahkan akan memiliki bateri 4,000mAh
Majlis pelancaran Huawei Mate 10 hanya tinggal 10 hari sahaja lagi dan Huawei amat agresif didalam pemasaran telefon pintar ini.
Huawei sebelum ini telah memberikan dakwaan Mate 10 bukan telefon pintar dan kini satu lagi ciri penting telefon pintar ini telah diumumkan.
Akaun twitter Huawei telah memuat turun video yang mengesahkan bahawa Mate 10 akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh.
#ThatFeelingWhen your battery lasts all day on a single charge…#HuaweiMate10 coming 16th October 2017. pic.twitter.com/m0zmyIDk5k
— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) October 5, 2017
Dengan bateri berkapasiti 4,000mAh, Huawei Mate 10 boleh dikatakan mempunyai kelebihan didalam ciri ini kerana pencabar utama mereka seperti Apple iPhone X, Samsung Galaxy Note8 dan Pixel 2 XL memiliki kapasiti bateri yang lebih rendah.
Dengan permintaan pasaran lebih kepada penawaran skrin paparan tanpa bezel, Huawei Mate 10 boleh dikatakan sebagai antara telefon pintar utama pertama untuk menggunakan kapasiti bateri melebihi 3,7000mAh tahun ini.
Dengan pengunaan pemproses Kirin 970 yang hadir dengan NPU khas untuk tugas AI, Mate 10 dijangka mampu menawarkan jangka hayat bateri yang lebih baik berbanding model sebelum ini.
Pemproses Kirin 970 adalah pemproses yang pertama dipasaran untuk memiliki pemproses berlainan untuk tugas AI dan anda berikut adalah apa yang anda perlu tahu tentang pemproses Kirin 970.