Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei mendakwa Mate 10 bukan telefon pintar

Majlis pelancaran Huawei Mate 10 semakin menghampiri kita dan selepas mengkritik produk terbaru Apple dan Samsung, Huawei Mate 10 harus menawarkan nilai yang lebih.

Beberapa hari lalu, Huawei melalui akaun Twitter mereka mendakwa Mate 10 “bukan telefon pintar” dan pengguna mesti pelik dengan dakwaan ini namun jika ianya bukan telefon pintar apakah kategori produk yang akan disertai oleh Mate 10?, Huawei berkata Mate 10 adalah satu mesin pintar.

Anda pasti sudah sedia maklum bahawa Huawei memfokuskan kepada penawaran AI pada Mate 10 yang dikuasai oleh pemproses Kirin 970 yang memiliki pemproses neural khas untuk mengendalikan tugas AI.

Huawei Mate 10 dijangka akan ditawarkan didalam tiga versi iaitu Mate 10, Mate 10 Pro dan Mate 10 Lite.

Jika anda tertanya-tanya apakah rupa Huawei Mate 10 ini, @evleaks telah memberikan kita gambar Huawei Mate 10 Pro.

Seperti yang anda boleh lihat Huawei Mate 10 Pro ini hadir dengan reka bentuk panel belakang dua-tona seperti Siri P10 dan terdapat kamera daripada Leica dengan lensa Sumilux-H dengan aperture f/1.6.

Huawei mengadaptasi pengunaan panel plastik pada bahagian kamera yang turut mempunyai fungsi sebagai jalur antena.

Huawei dijangka akan menyertai persaingan telefon pintar skrin tanpa bezel melalui Mate 10 Pro dengan skrin paparan 6.0-inci beresolusi 1440*2880 18:9, pemproses Kirin 970, sekurang-kurangnya 4GB RAM dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.