Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko View dan Wiko View Prime kini di Malaysia

Wiko Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan dua telefon pintar terbaru mereka ke pasaran tempatan dan ianya mengikut permintaan pasaran semasa iaitu dengan skrin paparan 18:9 FullView.

Wiko View dan Wiko View Prime hadir dengan skrin paparan yang sama iaitu skrin HD+ berukuran 5.7-inci.


Bercakap mengenai Wiko View, telefon pintar ini hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 425, 3GB RAM, 32GB ROM, sensor capjari, bateri berkapasiti 2,900mAh dan berasaskan sistem operasi Android 7.1 Nougat.

Wiko View juga memiliki kamera utama 13MP ( juga mempunyai mod gambar Super Pixel 52MP )selain kamera selfie 16MP yang turut diiringi dengan selfie flash.

Beralih kepada model premium didalam siri View ini iaitu View Prime, telefon pintar ini hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 830, 4GB RAM, 64GB ROM, bateri berkapasiti 3,000mAh, sensor capjari, slot dwi-SIM dan berasaskan sistem operasi Android 7.1.2 Nougat.

Wiko View Prime juga memiliki kamera dwi-lensa dibahagian hadapan iaitu 20MP + 8MP dengan lensa lebar 120 darjah selain kamera belakang 16MP yang mampu mengambil gambar mod Super Pixel pada resolusi 64MP.

Wiko View akan hadir dengan harga penjualan RM 899 dan akan ditawarkan didalam dua tiga warna iaitu hitam, merah dan bleen manakala Wiko View Prime hadir dengan harga penjualan RM 1,199 dan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan bleen.

Kedua-dua telefon pintar terbaru Wiko ini akan mula ditawarkan oleh kesemua wakil pengedar sah Wiko di Malaysia mulai Oktober 2017.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.