Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam pintar Fitbit Ionic mula memasuki pasaran pada 1 Oktober ini

Jam pintar Fitbit Ionic mula memasuki pasaran pada 1 Oktober ini 1

Fitbit yang terkenal dengan penawaran jam kecergasan telah melancarkan jam pintar pertama mereka hujung bulan lalu dan ianya akan mula memasuki pasaran utama dunia mulai 1 Oktober ini.

Fitbit Ionic hadir dengan sistem operasinya yang tersendiri iaitu Ionic OS dan ianya menjanjikan hampir 4 hari jangka hayat bateri ( 10 jam pengunaan pada GPS).

Jam pintar Fitbit Ionic mula memasuki pasaran pada 1 Oktober ini 2

Fitbit Ionic juga hadir dengan sokongan kalis air sehingga 50m dan mempunyai mod berenang.

Selain itu, Fitbit Ionic juga hadir dengan sensor degupan jantung yang sentiasa merekod kadar degupan jantung tidak kira apa aktiviti yang anda lakukan.

Walaupun menggunakkan Ionic OS yang mana ianya bukan Android Wear namun notifikasi dari aplikasi popular seperti Facebook, Instagram, Snapchat masih disokong.

Jam pintar Fitbit Ionic mula memasuki pasaran pada 1 Oktober ini 3

Jam pintar ini juga mampu menyimpan aplikasi seperti Strava, Pandora dan AccuWeather ( mempunyai memori simpanan dalaman 2.5GB)

Fitbit Ionic akan ditawarkan pada harga $299.95 (RM 1.261)  di pasaran Amerika Utara, Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.