Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Memperkenalkan Huawei Mate 10 – pencabar utama iPhone x dan Note8

Memperkenalkan Huawei Mate 10 - pencabar utama iPhone x dan Note8 1

Memperkenalkan Huawei Mate 10 - pencabar utama iPhone x dan Note8 2

Selain pelancaran Pixel 2 dan Pixel XL 2, Huawei merupakan antara syarikat yang masih belum selesai didalam pelancaran telefon pintar utama mereka tahun ini.

Anda sudah pasti sedia maklum bahawa siri Mate akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober ini dengan laporan sebelum ini mengatakan sebanyak tiga versi Mate 10 akan diperkenalkan.

Evan Blass telah memuat turun gambar hadapan Huawei Mate 10 yang menunjukan dengan jelas reka bentuk telefon pintar ini.

Memperkenalkan Huawei Mate 10 - pencabar utama iPhone x dan Note8 3

Mengikut trend di pasaran sekarang, Huawei juga telah mengadaptasi pengunaan skrin ‘FullView’ pada bahagian hadapan dengan butang ‘home’ yang menempatkan sensor capjari juga kelihatan di bahagian hadapan.

Huawei Mate 10 dilaporkan akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 5.9-inci, pemproses Kirin 970, dwi-kamera Leica dan sensor capjari pada butang home dihadapan.

Selain itu, Huawei juga akan menjadi telefon pintar yang hadir dengan unit pemprosesan neural yang dikatakan lebih baik daripada teknologi FaceID yang dimiliki oleh Apple iPhone X.

Memperkenalkan Huawei Mate 10 - pencabar utama iPhone x dan Note8 4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.