Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini Android Oreo bagi Nokia 8 semakin hampir menjadi realiti

Nokia 8 yang merupakan telefon pintar utama Nokia dibawah kendalian HMD Global telah memasuki pasaran tempatan dua minggu lalu dan telefon pintar ini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,299 ( antara telefon pintar ‘flagship’ termurah di Malaysia).

Nokia 8 yang hadir dengan sistem operasi Android yang tulen dijangka akan menerima kemaskini Android Oreo tidak lama lagi dan Juho Sarvikas yang merupakan ketua pegawai produk HMD telah memuat turun gambar beliau memiliki Nokia 8 yang telah menerima kemaskini Android Oreo ( dalam versi Beta).

Juho juga berkata bahawa kemaskini Android Oreo ini akan ditawarkan kepada pemilik Nokia 8 apabila segala isu ditangani dan ianya berada didalam keadaan paling sempurna untuk pengguna.

Saiz kemaskini Android Oreo yang ditunjukkan oleh Juho Sarvikasa adalah sekitar 1.3GB.
Bagi pengguna di Malaysia, Nokia 8 dijangk akan menerima kemaksini Android 8.0 Oreo ini sejurus sahaja ianya ditawarkan secara rasmi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.