Nokia 8 akan mula ditawarkan di Malaysia esok – RM 2,299
Nokia 8 yang merupakan telefon pintar utama syarikat ini dibawah kedalian HMD telah disahkan akan memasuki pasaran tempatan dengan tempahan akan dibuka mulai esok pada harga penjualan RM 2,299.
Menurut satu posting di Facebook oleh Nokia Store Malaysia, tempahan akan dibuka di Bangsar Shopping Centre (BSC) dengan pembeli akan turut menerima aksesori Nokia secara percuma.
Bercakap mengenai spesifikasi, Nokia 8 hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.3-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 835, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,090mAh.
Selain itu, Nokia 8 juga memiliki teknologi dwi-kamera dengan dua unit kamera 13MP (satu lensa biasa dan satu lensa monokrom) yang dibekalkan oleh Zeiss dan turut menyokong rakaman video 4K dengan audio OZO. kamera selfie Nokia 8 juga adalah 13MP.
Nokia 8 juga hadir dengan satu fungsi menarik yang membolehkan anda membuat pengstriman video secara langsung keFacebook menggunakan dua kamera secara serentak dan ciri ini dikenali sebagai ‘Dual-Sight’.
Nokia 8 juga hadir dengan pengalaman Android yang tulen dengan versi Android Nougat 7.1.1 namun ianya mungkin akan menerima Android Oreo didalam masa terdekat.
Nokia 8 akan ditawarkan pada harga RM 2,299 dan hadir didalam 4 warna iaitu biru, biru kilat, perak dan tembaga.