Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8 Pro telah dipilih sebagai telefon pintar terbaik 2017 oleh EISA

Telefon pintar Honor 8 Pro yang dilancarkan di pasaran Malaysia bulan lalu kini telah menerima anugerah berprestij EISA (European Imaging and Sound Association) 2017.

Honor 8 Pro telah dipilih sebagai produk terbaik kategori telefon pintar 2017-2018 sekaligus mengiktiraf kualiti telefon pintar Honor diperingkat antarabangsa.

Penganugerahan ini sudah pastinya memperkukuhkan lagi Jenama Honor sebaris dengan pengeluar telefon pintar utama dunia.

Honor 8 Pro hadir dengan skrin paparan 2K berukuran 5.7-inci, pemproses Kirin 960 , 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman , bateri berkapasiti 4,000mAh dan EMUI 5.1 yang berasaskan Android 7.0 Nougat.

Selain itu, Honor 8 Pro juga hadir dengan teknologi dwi-kamera 12MP dimana satu unit kamera adalah sensor monokrom manakala satu sensor lagi adalah sensor RGB ( tanpa pensijilan Leica), sokongan rakaman video Ultra 4K dan kamera selfie 8MP ( lensa lebar 77 darjah).

Huawei Honor 8 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 1,999 dan permintaan telefon pintar ini adalah sangat mengagumkan.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.