Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kamera 360° Honor VR kini di Malaysia – RM 599

Kamera 360° Honor VR kini di Malaysia - RM 599 1

kamera 360 Honor yang dikenali sebagai Honor VR Camera telah dilancarkan awal tahun ini dan kini kamera yang membolehkan anda mencipta kandungan video dan gambar 360 darjah kini telah tiba ke pasaran Malaysia.

Kamera Honor VR ini kini telah mula ditawarkan oleh Directd dengan harga penjualan RM 599 dan ianya hadir dengan jaminan waranti pengedar tempatan (12 bulan).

Lebih menarik adalah, Kamera Honor VR ini boleh digunakan bersama-sama mana-mana peranti Android yang mempunyai slot USB-C dan hadir dengan pengunaan yang mudah.

Kamera ini hadir dengan kerjasama Insta360 dan ianya hadir dengan kebolehan merakam video 3K, melakukan penstriman video secara langsung dan mengambil gambar.

kamera Honor VR ini hadir didalam warna biru dan kini sudah boleh dibeli secara atas talian mahupun di stor Directd pada harga RM 599.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.