Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Enjoy 7 edisi terhad KFC dilancarkan

Huawei Enjoy 7 edisi terhad KFC dilancarkan 1

Huawei Enjoy 7 edisi terhad KFC dilancarkan 2

Huawei pernah bekerjasama dengan jenama premium seperti Porsche Design sebelum ini namun pengumuman ini sudah pastinya sesuatu yang unik dan tidak kurang mengejutkan.

Huawei secara rasminya telah bekerjasama dengan KFC untuk melancarkan telefon pintar Huawei Enjoy 7 didalam warna merah dan dengan ukiran Colonel Sanders dibahagian belakang.

Satu satu sebah utama untuk mengeluarkan Enjoy 7 edisi khas ini adalah kerana ianya adalah ulang tahun ke-30 KFC membuka restoran pertama mereka di Beijing manakala Huawei pula menyambut ulang tahun ke-30 kewujudan syarikat.

Telefon pintar edisi khas KFC ini akan ditawarkan pada harga CNY 1,099 atau sekitar RM 695 dan hanya 5,000 unit akan dikeluarkan.
Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.